|

CARLOS HAIQAL, satu nama baru yang mungkin belum dikenali ramai, bakal mengegar dunia seni tanahair. Anak kelahiran Sibu, Sarawak ini lebih selesa dikenali sebagai Glenn atau Haiqal, lahir pada 09 Februari 1979.
Sebelum ini Haiqal pernah terlibat dengan beberapa band antaranya 'A Dozen Of Phobia' (1999 - 2004), Tribal Tone (2004), Projek GarageBand (2011). Beliau sendiri merupakan salah seorang pengasas kepada band 'A Dozen Of Phobia' (1999) yang banyak membuat persembahan live di serata Sarawak. Melalui Tribal Tone pula, mereka telah menghasilkan EP Single 'Cerita Lama', tetapi nasib kurang menyebelahi mereka apabila EP tersebut kurang mendapat sambutan.
Namun anak muda ini belum pernah berputus asa ingin muncul secara solo pula. Kini, beliau banyak bergerak secara solo menyanyikan lagu-lagu dan lirik yang dicipta sendiri. Melalui lagu 'Aku,Dia & Dunia' dan 'Prasangka Perasaan' yang selalu diputarkan di radio online Bengkoka FM, beliau mensasarkan lagu-lagunya untuk semua pendengar, khususnya golongan 'tak-mahu-dengar-muzik'.
Buat masa ini, Carlos Haiqal dalam usaha untuk mendapatkan produser atau syarikat rakaman untuk menerbitkan album sulungnya. Antara lagu-lagunya dalam senarai 'whiteboard'nya adalah seperti berikut:
1.Aku, Dia & Dunia + 2.Pulih 3.Prasangka Perasaan + 4.Pernah 5.Perasaan Atas Kertas 6.Puas Aku Mahu 7.Monolog Untuk Ryna 8.Maia Rindu [Iban] 9.Suba Nadai Penuju [Iban] 10.Haunted House 11.Little Boy 12.Underground 13.Underwatertreatment 14.Not Much 15.Sampah [Bahasa Melayu Sarawak] ..dan sebenarnya banyak lagi !
"Kesemua lagu-lagu tersebut adalah hasil karya saya sendiri berlandaskan pengalaman manis, pahit, gembira, sedih selama saya berjuang seorang diri dalam memperkenalkan musik bersifat jujur dan ringkas..tapi,menarik," menurutnya.
Bengkoka FM mengucapkan selamat maju jaya dalam dunia seni kepada Carlos Haiqal.
Biodata Carlos Haiqal
Nama penuh : Carlos Haiqal Simbaku bin Jugah Nama panggilan : Glenn/Haiqal Tarikh Lahir : 09 February 1979 Tempat lahir : Sibu,Sarawak Pendidikan : SRK Abang Ali,Sibu-UPSR[1991] SMK Kampung Nangka,Sibu-PMR[1994] SMK Rosli Dhoby,Sibu-SPM[1996] *pernah berpindah sekolah selama 2 kali ke SK Kota Marudu dan SMK Kota Marudu pada zaman sekolah rendah dan menengah Minat : Bersukan,Bermain komputer games dan berkarya dalam musik.
Unofficial page : http://www.facebook.com/carloshaiqalofficialpage
|